Friday 25 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian(RPH) Pendidikan Islam


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5  P.KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN (PKBP).

Tajuk : Aqidah
Masa : 30 minit (10:15 – 10:45)
Tunjang Utama : Kerohanian, Sikap dan Nilai.
Standard  Kandungan : 1.1: Menyatakan rukun Iman yang pertama.
Standard  Pembelajaran :     1.1.3:Membezakan Makhluk Ciptaan Allah dan benda ciptaan manusia.
Tunjang yang disepadukan:       - Komunikasi.
- Literasi Sains dan Teknologi.
                                                - Kreativiti dan Seni
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat menyebut tiga benda ciptaan Allah dan tiga benda rekaan manusia.
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan, keyakinana dan kerjasama.
LANGKAH
AKTIVITI
BBM
CATATAN

Set Induksi:
(5 minit)

Bacaan doa.

1.  Guru menunjukkan bakul yang mengandungi buah-buahan sebenar dan plastik.
2.  Murid melihat buah-buahan sebenar dan plastik yang terdapat di dalam bakul.
3.  Murid memerhatikan buah-buahan tersebut.
4. Murid bersoal jawab dengan guru.

Cadangan soalan guru:
a. Apakah yang kamu lihat di dalam bakul ini?
b. Apakah kamu kenal dengan buah-buahan ini?
c. Apakah jenis buah-buahan ini?
d. Buah manakah yang boleh dimakan?
e. Siapa yang cipta buah sebenar?
f. Siapa yang cipta buah plastik?



g. Apa perbezaan buah sebenar dan buah plastik?



- Buah-buahan sebenar (maujud).
- Buah-buahan plastik.
- Bakul.


Langkah 1:
(7 minit)

1. Guru memperkenalkan tajuk.
2. Murid diminta meninjau dan memerhatikan keadaan di dalam dan luar kelas.
3. Murid diminta menamakan benda-benda yang dapat dilihat.
4. Murid bersoal jawab dengan guru:
a) Siapakah yang mencipta pokok?
b) Siapakah yang menciptakan kerusi/meja?
c) Siapakah yang menciptakan awan?
d) Siapakah yang mencipta kereta?
5. Murid mendengar penerangan guru mengenai perbezaan antara ciptaan Allah dan manusia.


- benda maujud.
- peralatan di dalam kelas.



Langkah 2:
(8 minit)

Permainan : Mengenal benda dan penciptanya.

1. Setiap murid dipanggil mengambil benda maujud/kad gambar  dari kotak yang disediakan.
2. Murid diminta menyebut nama benda kemudian memasukkannya ke dalam kotak mengikut penciptanya yang betul (Allah atau Manusia).
3. Guru membincangkan aktiviti dan membetulkan kesilapan murid.
4. Guru memanggil murid secara rawak lalu meminta mereka menyenaraikan ciptaan Allah dan manusia di papan tulis hasil dari kefahaman murid dari pelajaran yang telah diajarkan.


- benda maujud.
- kad gambar.
- kotak.






- papan tulis.

* Guru menyediakan kotak yang ditulis ‘ALLAH’ dan ‘MANUSIA’.

* Guru menanda  di papan tulis bagi jawapan murid yang betul.


* Guru memebimbing murid menulis jawapan di papan tulis.


Langkah 3:
( 7 minit)


1. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap.
2. Guru memberikan penerangan tentang lembaran kerja.
3. Murid menjalankan aktiviti pada lembaran yang disediakan.

Tahap lemah:
- mewarnakan benda ciptaan Allah.



Tahap sederhana:
- Memadankan gambar dengan penciptanya.
Tahap tinggi:
- Kelaskan nama-nama yang disenaraikan mengikut penciptanya.


- Lembaran kerja.

* Guru membimbing murid membuat latihan.

Penutup:
(3 minit)

1. Guru meminta murid menyebut kembali  jenis-jenis ciptaan yang diajarkan iaitu ciptaan ALLAH dan MANUSIA.
2. Murid diminta menyenaraikan   ciptaan Allah dan manusia.
3. Guru merumuskan isi pelajaran-
beza ciptaan Allah dan manusia.
4. Aktiviti penghargaan : memberi  penghargaan kepada murid yang telah berjaya dalam aktiviti yang dijalankan.









* Guru memberikan makanan dan buah-buahan kepada murid.

                               

Aktiviti Pendidikan Khas SK Bukit Jawa

1. Aktiviti mewarna sempena Hari Kemerdekaan kali ke- 54
































2. Nyanyian lagu raya

















3. Pembahagian wang zakat

















4. Sambutan hari raya peringkat sekolah





5. Pemberian duit raya oleh guru

6. Nyanyian di luar kelas (basement)





7. Jamuan akhir tahun dan sambutan hari jadi murid bersama Guru Besar dan Penolong Kanan Pendidikan Khas



















8. Penyampaian hadiah akhir tahun oleh Penolong Kanan HEM
                                                                
9. Kebolehan murid





10. Minum susu 1 Malaysia


















11. Aktiviti pembelajaran







































12. Aktiviti di dalam kelas


















Kenali Muridku

Kenali Murid-murid Khasku....



















Sebahagian Daripada Guru- guru Pendidikan Khas SKBJ 2011

Latar Belakang Pendidikan Khas SKBJ

Latar Belakang Pendidikan Khas SKBJ:
Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBK) Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa mula dibuka pada tahun 2007 dengan pelajarnya seramai 6 orang dan 2  orang guru. Bilangan pelajarnya makin bertambah dari tahun ke tahun sehingga pada tahun 2009 ia mempunyai  lebih kurang 35 orang pelajar dengan 10 orang guru. Bilangan pelajarnya yang melebihi 25 orang membolehkan penyelaras P.Khas sekolah ini iaitu En. Shamsuddin Hussin dilantik menjadi penolong kanan Pendidikan Khas pada tahun tersebut.  Tahun ini kelas P.Khas SK. Bukit Jawa telah bertambah menjadi 39 orang dengan 10 orang guru dan 4 orang Pembantu Penyelia Murid (PPM). Engan keramaian murid tersebut telah menjadikan kelasnya dipecahkan kepada lima kelas mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar-pelajarnya.
Pelajar kelas Khas ini terdiri daripada pelbagai jenis masalah seperti sindrom down, masalah pertuturan, disleksia, autism, hyperaktif, terencat akal, serebelum Paralyze (PC), disleksia, cacat kaki dan masalah pembelajaran (slow learner). Mereka diajar pelajaran seperti murid lain dengan sukatan dan kurikulum khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Namun beberapa pelajaran khusus untuk Pendidikan Khas turut  diajarkan iaitu pelajaran kemahiran manipulatif, pengurusan diri, pengurusan tingkah laku dan Sosial Alam Sekeliling (SAS) yang turut menerapkan pelajaran Sains di dalamnya.

Pengenalan

PENDAHULUAN

Assalammualaikum wbt,


Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNYa akhirnya saya dapat membina blog bagi melengkapkan kursus KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Saya berharap blog ini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa saja yang mengikutinya.


Jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi mata pelajaran ini iaitu Dr. Maizatu Hayati bt. Mohd Yatim atas tunjuk ajar beliau dan garis panduan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.


Tidak lupa juga kepada tutor saya semasa kuliah di Negeri Kelantan ini berlangsung iaitu Cik Siti Norfazlaina bt. Haron dan kawan-kawan yang telah memberi sokongan, dorongan dan sumbagan berbentuk idea kepada saya untuk memurnikan lagi kerja kursus ini . Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu saya menyudahkan tugasan ini.Saya ucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung.


Tidak terkecuali juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga khas buat suami tercinta dan anak-anak yang telah membantu dari segi sokongan mora serta idea dan tunjuk ajar dalam membina blog inil. Sesungguhnya tanpa sokongan dan penglibatan kalian, sudah tentu usaha saya tidak akan sempurna dan tiada restu serta keberkatan Ilahi.


Akhir kata, terima kasih kepada semua yangtelah terlibat untuk menjayakan kerja kursus ini.


Wassalam.

Noormi Azura bt. Ismail.
D20102046799.