Friday 25 November 2011

Latar Belakang Pendidikan Khas SKBJ

Latar Belakang Pendidikan Khas SKBJ:
Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBK) Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa mula dibuka pada tahun 2007 dengan pelajarnya seramai 6 orang dan 2  orang guru. Bilangan pelajarnya makin bertambah dari tahun ke tahun sehingga pada tahun 2009 ia mempunyai  lebih kurang 35 orang pelajar dengan 10 orang guru. Bilangan pelajarnya yang melebihi 25 orang membolehkan penyelaras P.Khas sekolah ini iaitu En. Shamsuddin Hussin dilantik menjadi penolong kanan Pendidikan Khas pada tahun tersebut.  Tahun ini kelas P.Khas SK. Bukit Jawa telah bertambah menjadi 39 orang dengan 10 orang guru dan 4 orang Pembantu Penyelia Murid (PPM). Engan keramaian murid tersebut telah menjadikan kelasnya dipecahkan kepada lima kelas mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar-pelajarnya.
Pelajar kelas Khas ini terdiri daripada pelbagai jenis masalah seperti sindrom down, masalah pertuturan, disleksia, autism, hyperaktif, terencat akal, serebelum Paralyze (PC), disleksia, cacat kaki dan masalah pembelajaran (slow learner). Mereka diajar pelajaran seperti murid lain dengan sukatan dan kurikulum khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Namun beberapa pelajaran khusus untuk Pendidikan Khas turut  diajarkan iaitu pelajaran kemahiran manipulatif, pengurusan diri, pengurusan tingkah laku dan Sosial Alam Sekeliling (SAS) yang turut menerapkan pelajaran Sains di dalamnya.

No comments:

Post a Comment