Friday, 25 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian(RPH) Pendidikan Islam


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5  P.KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN (PKBP).

Tajuk : Aqidah
Masa : 30 minit (10:15 – 10:45)
Tunjang Utama : Kerohanian, Sikap dan Nilai.
Standard  Kandungan : 1.1: Menyatakan rukun Iman yang pertama.
Standard  Pembelajaran :     1.1.3:Membezakan Makhluk Ciptaan Allah dan benda ciptaan manusia.
Tunjang yang disepadukan:       - Komunikasi.
- Literasi Sains dan Teknologi.
                                                - Kreativiti dan Seni
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat menyebut tiga benda ciptaan Allah dan tiga benda rekaan manusia.
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan, keyakinana dan kerjasama.
LANGKAH
AKTIVITI
BBM
CATATAN

Set Induksi:
(5 minit)

Bacaan doa.

1.  Guru menunjukkan bakul yang mengandungi buah-buahan sebenar dan plastik.
2.  Murid melihat buah-buahan sebenar dan plastik yang terdapat di dalam bakul.
3.  Murid memerhatikan buah-buahan tersebut.
4. Murid bersoal jawab dengan guru.

Cadangan soalan guru:
a. Apakah yang kamu lihat di dalam bakul ini?
b. Apakah kamu kenal dengan buah-buahan ini?
c. Apakah jenis buah-buahan ini?
d. Buah manakah yang boleh dimakan?
e. Siapa yang cipta buah sebenar?
f. Siapa yang cipta buah plastik?



g. Apa perbezaan buah sebenar dan buah plastik?



- Buah-buahan sebenar (maujud).
- Buah-buahan plastik.
- Bakul.


Langkah 1:
(7 minit)

1. Guru memperkenalkan tajuk.
2. Murid diminta meninjau dan memerhatikan keadaan di dalam dan luar kelas.
3. Murid diminta menamakan benda-benda yang dapat dilihat.
4. Murid bersoal jawab dengan guru:
a) Siapakah yang mencipta pokok?
b) Siapakah yang menciptakan kerusi/meja?
c) Siapakah yang menciptakan awan?
d) Siapakah yang mencipta kereta?
5. Murid mendengar penerangan guru mengenai perbezaan antara ciptaan Allah dan manusia.


- benda maujud.
- peralatan di dalam kelas.



Langkah 2:
(8 minit)

Permainan : Mengenal benda dan penciptanya.

1. Setiap murid dipanggil mengambil benda maujud/kad gambar  dari kotak yang disediakan.
2. Murid diminta menyebut nama benda kemudian memasukkannya ke dalam kotak mengikut penciptanya yang betul (Allah atau Manusia).
3. Guru membincangkan aktiviti dan membetulkan kesilapan murid.
4. Guru memanggil murid secara rawak lalu meminta mereka menyenaraikan ciptaan Allah dan manusia di papan tulis hasil dari kefahaman murid dari pelajaran yang telah diajarkan.


- benda maujud.
- kad gambar.
- kotak.






- papan tulis.

* Guru menyediakan kotak yang ditulis ‘ALLAH’ dan ‘MANUSIA’.

* Guru menanda  di papan tulis bagi jawapan murid yang betul.


* Guru memebimbing murid menulis jawapan di papan tulis.


Langkah 3:
( 7 minit)


1. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap.
2. Guru memberikan penerangan tentang lembaran kerja.
3. Murid menjalankan aktiviti pada lembaran yang disediakan.

Tahap lemah:
- mewarnakan benda ciptaan Allah.



Tahap sederhana:
- Memadankan gambar dengan penciptanya.
Tahap tinggi:
- Kelaskan nama-nama yang disenaraikan mengikut penciptanya.


- Lembaran kerja.

* Guru membimbing murid membuat latihan.

Penutup:
(3 minit)

1. Guru meminta murid menyebut kembali  jenis-jenis ciptaan yang diajarkan iaitu ciptaan ALLAH dan MANUSIA.
2. Murid diminta menyenaraikan   ciptaan Allah dan manusia.
3. Guru merumuskan isi pelajaran-
beza ciptaan Allah dan manusia.
4. Aktiviti penghargaan : memberi  penghargaan kepada murid yang telah berjaya dalam aktiviti yang dijalankan.









* Guru memberikan makanan dan buah-buahan kepada murid.

                               

No comments:

Post a Comment

Post a Comment